Tinta Pengetua

Font:

 

Tinta Pengetua

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

         Tahun ini merupakan tahun ketiga sekolah dianugerah sekolah kluster kecemerlangan, maka banyaklah perkara yang perlu dilaksana dan dimajukan. Namun ini tidak mengizinkan kita melupakan tugas hakiki pendidik iaitu menghasilkan insan-insan yang cemerlang dalam akademik mahupun sahsiahnya.

            Fasa pertama Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2016 sedang pesat digerakkan dan SMK Sulaiman tidak ketinggalan. Sebagai warga pendidik kita patut berusaha menyediakan anak-anak didik kita dengan trend pemikiran hari ini yang mengarah kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Bagi mencapai hasrat itu kita sendiri perlulah mengubah cara berfikir dan berkerja kita dahulu. Kita perlu mempunyai taraf pengetahuan yang tinggi, pemikiran yang lebih terbuka dan bersedia menerima perkara-perkara baru yang mungkin dulu tidak pernah kita gambarkan. Andainya kita enggan membuat perubahan itu maka kitalah yang bakal mengagalkan perubahan yang dihasratkan oleh PPPM itu.

            Bagi anak-anak SULAIMAN, teruslah berjuang dan berusaha menuju kecemerlangan. Kita telah mewarisi kecemerlangan itu dari generasi terdahulu, jadi ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Apa yang perlu dilakukan ialah terus berusaha dengan gigih dan menerapkan sikap-sikap positif dalam menerima ilmu pengetahuan. Ketibaan sesuatu makna dalam kehidupan hanya akan tercapai andai kita mempunyai hubungan sesama insan yang baik dan ikhlas. Sentiasa bersikap positif dan mempunyai fokus dalam kehidupan juga merupakan rahsia kejayaan. Agar kepayahan dan kesukaran yang dialami hari ini jadi kenang-kenangan di masa akan datang.  

            Terima kasih kepada semua. Tidak lupa juga peneraju tertinggi jabatan dan Kementerian atas Kata Alu-Aluan yang akan jadi panduan dan pedoman kami agar terus bergerak kearah kecemerlangan.

 

 

Sekian, terima kasih.

RAHIMAWATI BINTI IBRAHIM

2016

MAKLUMAN @ SEKOLAH

MEMORI SEKOLAH


3278908
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
416
584
3072
3272444
14026
13921
3278908

IP Anda: 107.22.61.99
Tarikh: 2017-06-29 15:27:09

We have 107 guests and no members online

Maklumat Portal

Apakah maklumat yang sering anda layari di portal ini?

1
29
Buletin Sekolah
(0)
2
28
Info Sekolah
(0)
3
26
Peperiksaan Awam
(0)
4
25
Pentadbiran
(0)
5
23
E-Sekolah
(0)
Add a new response!
» Go to poll »
5 Votes left

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULAIMAN

KM 4, JALAN KUALA LUMPUR
28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

Tel: +(609) 222 1046
Fax: +(609) 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Last Update:
General update: 06-04-2017 02:31

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...