Sejarah Sekolah

Font:

Sejarah Ringkas SMK SULAIMAN

 

Sejarah perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman dapat dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

 

1912        -  1923                    -               Anglo- Chinese School

1923        -  1939                    -               Government English School

1939        -  1963                    -               Sulaiman English School

1964        -  1996                    -               Sekolah Menengah Sulaiman

1997        -  Sekarang             -               Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman

 

Pembukaan sekolah ini pada tahun 1912 dengan nama Anglo-Chinese School adalah hasil daripada kesedaran, desakan, minat, dan daya usaha beberapa pemimpin masyarakat Cina tempatan.  Daerah Bentong yang sebilangan penduduknya terdiri daripada kaun Cina telah menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran Inggeris.  Pembukaan sekolah ini bertujuan memulakan pendidikan Bahasa Inggeris untuk anak-anak tempatan.

 

Mendiang Loke Yew, seorang pelombong yang kaya raya telah mendermakan sebuah bangunan untuk anak-anak masyarakat Cina bersekolah manakala orang-orang Cina  yang lain telah memberikan sokongan wang ringgit. Satu jawatankuasa Lembaga Pengelola yang terdiri daripada Pegawai Daerah sebagai Pengerusi  dan enam orang Cina telah ditubuhkan.  Dengan itu, muncullah Anglo-Chinese School pada tahun 1912 di Bentong.  En Goh Sam Yong telah dilantik sebagai guru besar yang pertama dengan 60 orang pelajar serta dua orang guru sahaja.  Pada masa itu, segala urusan pentadbiran sekolah dan gaji guru bergantung kepada derma masyarakat tempatan.

 

Perkembangan sekolah ini sangat perlahan kerana masalah kekurangan wang.  Pada tahun 1923, kerajaan telah mengambil alih pentadbiran sekolah dan nama sekolah ini ditukar kepada Government English School.  Sekolah memasuki satu era perkembangan dan pembangunan yang pesat dari segi fizikal dan bilangan pelajar.                            

 

Pada tahun yang sama, En. C.S. Muthutamby dilantik sebagai guru besar menggantikan En. Goh Sam Yong yang bertukar ke Perak. Guru-guru dan bilik darjah telah ditambah dan pada tahun 1928 bilangan murid-murid telah meningkat kepada 200 orang. Murid-murid perempuan juga dibenarkan masuk ke sekolah ini.

 

En. Appudarai mula memegang jawatan sebagai guru besar ketiga pada tahun 1932.  Oleh kerana keadaan ekonomi merosot, bilangan murid telah terjejas dan  berkurangan.  Pada tahun itu, bilangan murid hanyalah 108 dengan dua orang guru.  Pada tahun 1939 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Sulaiman Bentong.  Peristiwa ini adalah sebagai memperingati dan penghormatan kepada Tuanku Besar Pahang Yang Teramat  Mulia  Al-Marhum Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.

 

Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini telah dijadikan sekolah Jepun dan pelajar-pelajat dikehendaki mempelajari Bahasa Jepun.  Selepas Perang Dunia Kedua, sekolah ini kembali berkembang pesat.  Pada penghujung tahun 1945, bilangan pelajar melebihi 300 orang.  Oleh itu, lebih banyak bilik darjah didirikan.

 

Sekolah ini memasuki satu era baru pada tahun 1953 apabila buat pertama kalinya, pelajar-pelajar menduduki peperiksaan Senior Cambridge.  Pada tahun 1956, bilangan pelajar telah meningkat kepada 750 orang.  Bilangan kelas sebanyak 29 buah dan tenaga pengajar seramai 29 orang. 

Pada tahun 1958, En. Rasiah menjadi guru besar keempat.  Peningkatan bilangan pelajar menyebabkan persekolahan dua sesi pagi dan petang diadakan kerana masalah kekurangan bilik darjah. Tidak lama kemudian, sekolah ini mempunyai kemudahan makmal sains.

 

Pada tahun 1959 Sulaiman English School dibahagikan kepada dua tahap persekolahan iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah.  Bangunan-bangunan baru sekolah menengah siap dibina di tapak sekarang pada tahun 1963 dan pelajar mula berpindah dan belajar di sekolah ini pada awal tahun 1964.  Sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sulaiman.  Menteri Pelajaran pada masa itu, YB En. Mohd Khir Johari merasmikan pembukaan bangunan baru sekolah ini.  En. Somasundram telah menjadi guru besar sekolah ini pada tahun 1964 dan setahun kemudian, beliau digantikan oleh En. Eddy Wee (1965).  En R.I.S Stork memegang jawatan sebagai pengetua pada tahun 1966.

 

Pada tahun 1974, Sekolah Menengah Sulaiman memulakan kelas Tingkatan enam aliran Sastera. Pada tahun 1978, kelas Tingkatan enam aliran Sains dimulakan.  Bangunan makmal sains yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.  Pada tahun 1980 bilangan pelajar bertambah kepada 1081 orang. Pn. Hew Yoon Yew mengambil alih tugas sebagai pengetua mulai April 1986-1990.

 

Pada tahun 1997 Sekolah Menengah Sulaiman ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman atas arahan kementerian Pelajaran bertujuan untuk menyeragamkan semua sekolah di Malaysia demi mewujudkan sistem pendidikan yang lebih mapan dan merealisasikan wawasan Pendidikan Negara.

 

Mulai tahun 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Pahang untuk menempatkan sebahagian  pelajar Tingkatan Satu (1) ke Kelas Rancangan Khas. Pelajar-pelajar ini merupakan sebahagian daripada pelajar sekolah-sekolah  Daerah Bentong yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).  Penempatan pelajar ini menandakan bermulanya SMK Sulaiman sebagai salah sebuah Sekolah Rancangan Khas (SRK) yang dianggap setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

 

Pengetua-Pengetua yang ditempatkan di sekolah ini merupakan pemimpin-pemimpin yang dianggap cemerlang dalam kepemimpinan dan perkhidmatan mereka, yang diberi tanggung jawab untuk terus menerajui kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman.

MAKLUMAN @ SEKOLAH

MEMORI SEKOLAH


3438763
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
294
405
2461
3431814
8412
87830
3438763

IP Anda: 54.227.51.103
Tarikh: 2017-12-15 04:44:27

We have 61 guests and no members online

Maklumat Portal

Apakah maklumat yang sering anda layari di portal ini?

1
31
Buletin Sekolah
(0)
2
31
Info Sekolah
(0)
3
30
Peperiksaan Awam
(0)
4
28
Pentadbiran
(0)
5
25
E-Sekolah
(0)
Add a new response!
» Go to poll »
5 Votes left

HUBUNGI KAMI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULAIMAN

KM 4, JALAN KUALA LUMPUR
28700 BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR

Tel: +(609) 222 1046
Fax: +(609) 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Last Update:
General update: 06-04-2017 02:31

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...